Langkau ke kandungan utama

Waspada Broker,Ejen Hartanah Haram

 

HARTANAH

Waspada broker, ejen hartanah haram

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Persatuan hartanah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan broker haram yang bertopengkan teknologi dan inovasi.

Gesaan itu dibuat oleh Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM); Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS); Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM); Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) serta Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Dalam kenyataan bersama pada Rabu, semua pertubuhan itu meminta orang ramai supaya hanya berurusan dengan ejen dan firma hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) sahaja apabila berurusan dengan mana-mana individu atau pihak yang menjalankan perkhidmatan hartanah merangkumi perkhidmatan penjualan, pembelian, penyewaan, pajakan, pentadbiran penyewaan dan khidmat nasihat.

Ia sebagai peringatan bahawa wujud pihak-pihak yang bukan ejen hartanah tetapi mengendalikan perniagaan agensi hartanah secara haram di samping menggunakan pelbagai bentuk idea kreatif untuk berbuat demikian, menurutnya.

Semua pertubuhan itu menjelaskan perkhidmatan hartanah adalah diwartakan sebagai perkhidmatan profesional di bawah Akta Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah 1981 atau dikenali sebagai Akta 242 untuk melindungi orang ramai.

"Ini juga untuk memastikan jika pihak lain, selain yang berdaftar, melakukan kerja-kerja sebagai ejen dalam sebarang bentuk atau cara, mereka melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah dan dihukum denda tidak lebih daripada RM300,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya," menurut semua persatuan itu.

Semua persatuan itu mengatakan bahawa mereka tidak menentang inovasi dan teknologi sebaliknya mahu memperkukuh pendirian mereka.

"Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak, sama ada individu atau syarikat dalam sebarang bentuk, yang tidak mematuhi undang-undang tanah sedia ada, di mana ia sesuai dengan amalan ejen hartanah setakat ini," jelasnya.

– Bernama

Ulasan

DISYORKAN UNTUK ANDA

Cara Mengetahui Perunding Hartanah Sah Dan Berdaftar

Kepada anda yang ingin berurusan untuk penjualan,pembelian,dan penyewaan hartanah seperti rumah,tanah,lot kedai atau apa-apa sahaja jenis hartanah, anda dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu tentang maklumat individu tersebut sebelum membuat bayaran wang pendahuluan atau deposit bagi mengelakkan risiko penipuan daripada mereka yang tidak sah dan tidak berdaftar. Sekiranya anda berurusan dan melantik Perunding Hartanah Berdaftar,dapatkan maklumat nombor telefon atau nama penuh atau nombor REN dan kenal pasti juga  nama syarikat agensi atau firma hartanah tersebut, dengan bertanya atau minta kad bisnes atau minta tunjukkan kepada anda REN TAG,ia mengandungi maklumat indentiti yang diperlukan.REN TAG ini wajib dipakai oleh perunding atau ejen hartanah berdaftar semasa berurusan dengan klien.  Setiap perunding hartanah berdaftar memiliki nombor pendaftaran REN yang berlainan diberikan oleh Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) bagi ...

IBN Highland City,Genting Highland

Located at Genting Highlands, Malaysia’s premier Lourist attraction & holiday destination Surrounded by protected forest reserve, a perfect Sanctuary on the hills GDV of RM5 billion (US$1.25 billion) 130 acres 9 blocks / 5,000 units of serviced residence 3 blocks of hotels + shopping mall 99 year leasehold Size of serviced residence 76 – 296 square meter Completion in 2022 (Phase 1)                                                                          Location Jalan Meranti, Genting Highland (next to Midhills Apartment)        Developer IBN Highland Sdn Bhd Holding by IBN Development Sdn Bhd (Malaysia) & IBN Corp Limited (Hong Kong)              Number of U...

Residensi Suasana Damai Di Damansara Damai

RESIDENSI SUASANA DAMAI AT DAMANSARA DAMAI URBAN LIFESTYLE RESIDENCE 20% Di bawah Nilai Pasaran: ● Analisis perbandingan dengan 5 hartanah baru yang lain, siap dibawah 5 tahun. Permintaan dan harga transaksi merangkumi bekalan yang siap dibina dan dalam pembinaan radius 2KM dari Residensi Suasana Damai. ● Baik untuk pelaburan jangka panjang dengan Capital Gain ● Booking hanya RM1,000  ● Cashback sehingga 100k ++ ● Tambahan 7% diskaun bumi untuk Pembeli Bumi dan Rebat 9% + 10% + 5% EXTRA REBATE (boleh mendapatkannya dengan kami sahaja) ● Diskaun tambahan 1% jika beli 2 unit dan 2% jika beli 3 unit ● Harga Bersih Bermula: RM400k ++  ● Yuran Guaman SPA percuma, ditanggung oleh pemaju ● Percuma Stamp Duty MOT untuk HOC sebelum 31 disember 2019. Untuk tahun 2020 bergantung sambungan kerajaan untuk progam HOC. ● Tempat letak kereta percuma : 2 unit untuk setiap unit  ● 3 Aircond percuma Jarak Berjalan & Disekeliling: ● Bertentangan de...

18 TanahTanah, 3.7 ke 7 Ekar 1 Lot, di Sg Merab,Sebelah Putrajaya

18 Lot Tanah Ekar di Sg Merab,Sebelah Putrajaya. Tanah keluasan bermula 3.7 ekar hingga 7.01 ekar untuk satu lot, bersebelahan putrajaya,tepi highway Persiaran Timur berdekatan bekas tapak perancangan PRIMA,PPA1M di Sungai Merab,Bangi, Dengkil Sepang Selangor  Sekarang ini saya sedang uruskan 18 lot tanah ekar ini dengan pemilik-pemilik dan kontraktor sudah progress 50% buat rezab jalan keluar ke highway persiaran timur dari kg Tengah Sungai Merab. Jadi tanah ini ada potensi untuk dimajukan dan meningkat nilai. Video: https://www.facebook.com/share/r/128eJk9B4Dn/ Ada 18 lot tanah ekar kawasan ini,harga bermula RM 15.50 sekaki persegi hingga RM 33.00 sekaki persegi.Jika tidak mahu gabung lot untuk lebih keluasan,boleh pilih satu lot secara berasingan. Potensi untuk buat lot banglo,projek perumahan landed dan projek high rise. Kawasan sekeliling sudah banyak tanah lot banglo dibuat oleh pemaju lain - Leasehold 99 tahun dan ada freehold - Rezab Melayu - Kategori Pertanian - Zoning Tan...

Tertipu Perwatakan Baik Ejen Hartanah,Wang RM 5,400 Lebur

Tag Pengenalan Untuk Ejen/Perunding Hartanah Berdaftar

Sumber: Sinar Harian Dari kiri: Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia Siva Shanker, Abdul Hamid dan Lim menunjukkan tag pengenalan diri yang wajib dipakai ejen hartanah berdaftar bermula 1 Mei ini. PENGGUNA yang terlibat dalam urusan jual beli atau sewa semua jenis hartanah digesa hanya berurusan dengan ejen hartanah berdaftar yang boleh dikenal pasti melalui tag pengenalan diri dikeluarkan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (BOVAEA) bermula 1 Mei 2014. Presiden BOVAEA Datuk Abdul Hamid Abu Bakar berkata, satu proses pendaftaran ejen hartanah yang selesai pada 28 Februari lalu dibuat bagi mengurangkan jumlah ejen hartanah haram. “Isu ejen tidak sah ini amat serius. Kami tidak ada jumlah tepat tetapi kami menerima banyak aduan dan apabila disiasat, didapati mereka tidak berdaftar,” katanya dalam sidang media semasa mengumumkan penggunaan tag pengenalan diri itu di Putrajaya, semalam. Abdul Hamid yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan...