Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Sindiket Penipuan Di dalam Urusan Jual Beli Tanah : Kenyataan Media PTG Selangor

KENYATAAN MEDIA SINDIKET PENIPUAN DI DALAM URUSAN JUAL BELI TANAH 1. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa PTGS telah mengesan terdapat cubaan penipuan urusniaga tanah dengan memperdaya orang ramai yang menggunakan nama PTGS, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Negeri Selangor sehingga melibatkan nama Dato’ Menteri Besar Selangor. Laporan Polis telah dibuat bagi kes-kes yang telah dikenalpasti agar tindakan tegas boleh diambil bagi sebarang penipuan jenayah ini. 2.  Modus operandi yang digunakan ialah dengan penyamaran sebagai orang yang dilantik berurusan dengan PTGS dan mana-mana PDT. Pihak terbabit juga mengeluarkan notis untuk menjual hartanah dan telah memalsukan tandatangan pada notis tersebut.   Terdapat juga pihak yang menggunakan nama pegawai-pegawai kanan dan tertinggi PTGS dan PDT yang masih berkhidmat mahupun telah berpencen dengan memberikan maklumat dan janji-janji palsu bagi urusan jual beli tanah. 3.  Justeru, PTGS ing