Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Ejen hartanah haram diserbu PDRM dan LPPEH

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2020/03/665356/ejen-hartanah-haram-diserbu KUALA LUMPUR: Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menghargai dan memberikan sokongan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) atas serbuan yang dilakukan baru-baru ini ke atas sebuah syarikat yang didakwa menjalankan perniagaan agensi hartanah yang tidak sah. Presiden MIEA, Lim Boon Ping, berkata bentuk tindakan sedemikian diperlukan dan institut itu berharap LPEPH mengambil langkah yang ketat berikutan terdapat ribuan perniagaan dan ejen hartanah lain yang disyaki tidak sah di seluruh negara. “Terdapat individu dan syarikat pemasaran projek yang tidak sah dan bertindak sebagai broker haram dalam penjualan tanah, mereka yang melakukan urus niaga sewa atas nama menyediakan premium insurans, dan banyak lagi. “Ia adalah langkah besar oleh bahagian jenayah komersial PDRM untuk bertindak ke atas aktiviti yang menyalahi undang-undang