Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Waspada Broker,Ejen Hartanah Haram

  LIVE HARTANAH Waspada broker, ejen hartanah haram September 9, 2021 @ 12:59pm Gambar hiasan. KUALA LUMPUR: Persatuan hartanah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan broker haram yang bertopengkan teknologi dan inovasi. Gesaan itu dibuat oleh Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM); Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS); Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM); Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) serta Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA). Dalam kenyataan bersama pada Rabu, semua pertubuhan itu meminta orang ramai supaya hanya berurusan dengan ejen dan firma hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) sahaja apabila berurusan dengan mana-mana individu atau pihak yang menjalankan perkhidmatan hartanah merangkumi perkhidmatan penjualan, pembelian, penyewaan, pajakan, pentadbiran penyewaan dan khidmat nasihat. Ia sebagai peringatan