Rahsia syiling emas paun orang-orang tua dulu mungkin bernilai puluh atau ratus ribu ringgit apabila hantar untuk penggredan numismatik.
Rahsia syiling emas paun orang-orang tua dulu mungkin bernilai puluh atau ribuan ringgit apabila dihantar untuk penggredan numismatik.
Sebelum buang bingkai jadi gelang
Selepas buang bingkai jadi syiling koleksi
Usia syiling saya ni 143 tahun untuk $10 Dollar Liberty Head tahun 1882s dan 127 tahun untuk $10 Dollar Liberty Head tahun 1898s. Asalnya nenek saya beli masa pergi ke Mekkah 50 tahun lebih dulu, nenek masih ada umur ikut IC 95 tahun,kemudian dia jual pada abang saya 20 tahun lebih dulu,selepas itu saya beli dari abang saya pada tahun 2021.
Fakta Syiling :
Jumlah tempaan 132,000 sahaja bagi tarikh 1882s dan 473,600 sahaja bagi tarikh 1898s. Kandungan tembaga 10% kandungan emas pula 90%/900 iaitu kurang 1.6% daripada kandungan emas 91.6%/916 yang biasa digunakan untuk emas perhiasan di Malaysia.
Emas paun di jadikan gelang
Kebanyakan syiling emas paun ini dijadikan perhiasan gelang,loket rantai,atau dicairkan menjadi barang kemas pelbagai bentuk lain dan harga mengikut jumlah berat,jumlah peratusan kandungan emas, dan harga pasaran semasa. Apabila membuat kiraan kenaikan harga syiling emas ini, ialah daripada nilai $10 dollar sekeping pada tahun 1882/1898 untuk emas berat 16.70 gram dan kandungan emas 90%/900 telah menjadi harga sebanyak $2005.28 dollar iaitu kenaikan 200 kali ganda harga emas pada 19/11/25
( anggarkan 1 gram = RM500 × berat 16.70 gram = RM8,350/$2005.28 dollar satu keping syiling)
Jarang orang kita jadikan syiling emas ini sebagai koleksi atau pengumpul wang lama yang dipanggil Numismatic yang mana harga tinggi dikira mengikut pelbagai faktor contohnya tarikh,populasi,gred,jumlah tempaan,kondisi fizikal seperti kehausan,harga bidaan,harga pasaran semasa emas,jenisnya,tahap edaran,dan lain-lain sehingga ada harga rekod lelongan ratusan ribu atau jutaan ringgit untuk satu syiling dan harga syiling akan sentiasa naik dari tahun ke tahun.
Contohnya rekod harga lelongan syiling 1882s gred MS65 $ 28,000 dollar pada tahun 2014 tetapi pada tahun 2025 harga naik $ 55,000 dollar mengikut Panduan Harga di PCGS
Untuk menentukan harga syiling bernilai tinggi dan tulen dari mana-mana negara ia perlu di hantar untuk membuat penggredan,pengesahan,dan persijilan oleh pakar numismatik yang di iktiraf di peringkat dunia seperti https://www.pcgs.com/ dan https://www.ngccoin.com/ manakala untuk duit kertas https://www.pmgnotes.com/
Rekod lelongan syiling termahal di dunia
https://www.malaysiancoin.com/2022/05/5-duit-syiling-termahal-di-dunia.html?m=1#google_vignette
Saya pernah dengar penggredan syiling lama zaman kesultanan melayu yang berusia 400 hingga 500 tahun dulu ada beberapa isu untuk pakar-pakar luar negara ini mengiktiraf. Mungkin ada ceritanya dan harga yang sangat bernilai dari segi sejarah,boleh rujuk pada pakar-pakar numismatik malaysia yang lebih arif.
Rekod lelongan syiling malaysia
https://www.malaysiancoin.com/2012/08/duit-syiling-malaysia-termahal.html?m=1

Gambar trueview PCGS
Saya buat persijilan dan penggredan sendiri tanpa melalui Dealer untuk merasai pengalaman tetapi tidak mudah, banyak perkara perlu di kaji sendiri, ada perbezaan kos, dan risikonya samada berbaloi atau tidak hantar sendiri sebab kena bayar yuran club,isi borang,buat bank draf, bungkus, kurier dan lain-lain. Kalau tak mahu pening kepala guna Dealer tetapi mungkin ambil sedikit masa atau tidak untuk syiling sampai balik kepada anda selepas hantar penggeradan ,tengok pada nasihat dan cadangannya. Dealer ialah syarikat yang di lantik dan di beri kuasa untuk menghantar syiling kepada pakar penggredan dan pensijilan tersebut.
Syiling saya ni Ex-Jewelry AU Detail dan Genuine Not Gradable, Keselamatan: dilindungi oleh teknologi anti-pemalsuan NFC, Jenis Pemegang: Perisai Emas PCGS, harganya tidaklah mahal seperti skala gred MS65 - MS70 yang sesuai untuk collector premium dan set gred tinggi.
Maksud AU dalam syiling :
Mengikut skala penggredan, gred syiling AU adalah singkatan kepada Almost Uncirculated, iaitu, kategori yang digunakan untuk menerangkan syiling yang menunjukkan hanya tanda haus yang minimum. Secara umum, kejadian ini menghabiskan sedikit masa dalam edaran dan dengan itu mengekalkan kebanyakan kilauan pudina asalnya. Syiling AU digredkan pada skala dari AU 50 hingga AU 58, yang bermaksud bahawa ia masih mempunyai tanda haus, walaupun keadaannya masih hampir luar biasa.
Maksud BU dalam syiling :
Jikalau anda terdesak nak pajak gadai syiling emas ni biasanya hanya boleh pajak di kedai-kedai emas tertentu sahaja, itu pun mestilah tanpa kapsul dan yang belum buat penggredan,kalau tak nanti rugi nak kena buka syiling dari sijil dan kapsul kerana sudah keluarkan kos untuk gred. Kedai pajak gadai biasanya akan lelong jika syiling emas tidak ditebus dan pembida yang berjaya akan cairkan untuk buat emas perhiasan,kecuali mereka yang tahu dan dikalangan peminat duit lama pasti akan simpan sabagai kolektor numismatik.
Syiling selepas buat persijilan dan gred

Sebaliknya, BU bermaksud Brilliant Uncirculated, yang merujuk kepada syiling yang tidak pernah dalam edaran dan tidak menunjukkan tanda-tanda haus sama sekali. Ini harus mengekalkan kilauan pudina asli sepenuhnya dan biasanya tajam secara terperinci,walaupun ketidaksempurnaan juga mungkin. Tidak seperti AU, BU bukanlah gred tertentu tetapi kategori umum yang merangkumi gred lain yang diterima secara rasmi, iaitu MS (Mint State dari MS 60 hingga MS 70). MS70 adalah gred tertinggi yang mungkin dan sangat dicari oleh pengumpul, hasil penampilannya yang mengagumkan dan kualiti yang menarik.
Maksud Not Gradable :
ialah kadangkala, pakar PCGS menemui syiling yang tidak boleh disahkan atau digredkan. Syiling "Tiada Gred" ini sama ada boleh atau tidak boleh diletakkan di dalam pemegang PCGS. Syiling saya boleh letak oleh itu ia berada dalam kapsul PCGS seperti gambar di atas tadi.

Nak tahu lebih lanjut mengenai skala penggredan dan persijilan syiling boleh rujuk https://www.pcgs.com/grades
Jikalau anda terdesak nak pajak gadai syiling emas ni biasanya hanya boleh pajak di kedai-kedai emas tertentu sahaja, itu pun mestilah tanpa kapsul dan yang belum buat penggredan,kalau tak nanti rugi nak kena buka syiling dari sijil dan kapsul kerana sudah keluarkan kos untuk gred. Kedai pajak gadai biasanya akan lelong jika syiling emas tidak ditebus dan pembida yang berjaya akan cairkan untuk buat emas perhiasan,kecuali mereka yang tahu dan dikalangan peminat duit lama pasti akan simpan sabagai kolektor numismatik.
Sebenarnya saya ada lagi 2 keping syiling emas paun Liberty Head $10 dollar yang kategori rare jugalah walaupun bukan gred harga yang tinggi kerana jumlah tempaan yang dihasilkan pada tahun tersebut hanya dikeluarkan 25,000 keping sahaja di dunia.
2 keping syiling $10 dollar tahun 1882s dan 1898s yang saya kongsikan gambar seperti di atas tadi, saya ingin jual dengan harga bukaan tak sampai RM 11,000 sekeping dan boleh runding lagi sekiranya ada yang berminat boleh whatssap terus 0132073814. Ini kerana saya perlu gunakan duit untuk urusan berkenaan hal tanah saya.
Untuk jualan 2 keping syiling ini saya akan bagi sekali dengan kotak kurier return, kotak bungkus syiling,dan kotak plastik warna hitam tempat simpan syiling dari PCGS (Profesional Coin Grading Service) yang saya unboxing selepas terima dari US.
Selain itu saya bagi juga Majalah yang dapat masa Joint PCGS Club,slip pakaging,salinan borang bayar fee PCGS,salinan borang dan banker cek,salinan borang submission yang saya isi masa hantar dulu,senarai lokasi tracking penghantaran pergi balik dari kurier yang saya guna,salinan commercial invoice kastam,salinan resit bayaran kurier dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya inilah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsikan berkenaan syiling emas paun ini untuk pengetahuan anda semua. Sekarang banyak juga scammer duit lama dalam online jadi kena berhati-hati.
Sekian, terima kasih.
Oleh Khairul Izuaddy Hashim.

Ulasan
Catat Ulasan