PDRM-BOVAEP IN ALL OUT WAR AGAINST ILLEGAL ESTATE AGENTS Pada 8 Ogos 2019, delegasi dari Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH) telah membuat lawatan ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia. Delegasi yang diketuai oleh Puan R. Mahaletchumi, Pendaftar LPPEH disambut oleh Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis Diraja Malaysia. Pertemuan dan perbincangan antara LPPEH dan PDRM, yang berlangsung hampir sejam, bertujuan untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua agensi dalam menangani isu ejen harta tanah haram di Malaysia. Kedua-dua pihak telah mengambil peluang untuk membincangkan hal-hal penyiasatan serta transformasi positif ke arah memperkuat keupayaan LPPEH dan PDRM untuk ...
Kediaman. Tanah. Komersil. Industri.